Program Servis Ihsan MADANI @ Perodua kembali menawarkan pakej penjimatan istimewa untuk pemilik kenderaan Perodua bermula dari 17 Ogos hingga 30 September 2026.
Kempen ini merupakan kerjasama antara Perodua dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Anda boleh dapatkan:
- Diskaun 10%: Potongan terus bagi komponen alat ganti (parts) dan kos buruh (upah upah).
- Subsidi RM70: Rebat tunai khas sumbangan daripada Kerajaan Malaysia.
- Perodua e-Voucher RM20: Baucar digital percuma yang boleh digunakan untuk sesi servis kenderaan yang seterusnya.
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca artikel di bawah.
Pengenalan Servis Ihsan Madani
Servis Ihsan MADANI (SIM) merupakan inisiatif utama di bawah Program Payung RAHMAH MADANI oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Program ini direka khas untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, melalui penawaran subsidi dan diskaun khas bagi kos penyelenggaraan kenderaan peribadi.
Program SIM ini merupakan program kerjasama di antara KPDN dengan tiga (3) pemain utama dalam industri automotif di Malaysia iaitu:
- PETRONAS Dagangan Berhad melalui Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX);
- Perodua Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melalui Servis Ihsan MADANI@Perodua (SIM@Perodua); dan
- Proton Edar Sdn. Bhd. (Proton) melalui Servis Ihsan MADANI@Proton (SIM@Proton).
TERKINI
Program Servis Ihsan MADANI @ Perodua (SIM@Perodua) kembali lagi secara rasmi dengan promosi terkini bermula 17 Ogos 2026 sehingga 30 September 2026 (untuk hari Isnin hingga Rabu sahaja).

- Tempoh Kempen: Bermula 17 Ogos sehingga 30 September 2026.
- Hari: Terhad pada hari Isnin hingga Rabu sepanjang tempoh kempen.
Setiap pemilik kenderaan yang menempah dan layak akan menikmati:
- Diskaun 10% terus untuk komponen alat ganti (parts) dan kos buruh (upah).
- Subsidi RM70 tajaan daripada Kerajaan Malaysia.
- e-Voucher Perodua RM20 percuma untuk digunakan pada sesi servis yang seterusnya.
Syarat Kelayakan
Bagi menikmati diskaun dan promo di atas, pemilik kenderaan hendaklah mematuhi syarat berikut:
- Perbelanjaan Minimum: Hanya sah untuk kerja-kerja servis kenderaan dengan kos keseluruhan RM280 ke atas.
- Cara Tempahan: Pengguna wajib menempah slot temu janji terlebih dahulu menerusi aplikasi rasmi UFirst.
Cara Membuat Tempahan Slot Temujanji di Perodua
Untuk membuat tempahan temujanji di Perodua, anda boleh rujuk cara-caranya di bawah:
- Muat turun aplikasi Perodua UFirst melalui Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery.
- Buka aplikasi mudah alih UFirst dan klik MyPassport untuk meneruskan log masuk atau pendaftaran.
- Bagi yang bukan ahli UFirst, sila teruskan pendaftaran atau aktifkan akaun UFirst anda, klik butang “Sign-Up”.
- Selepas log masuk, klik ikon laman utama (home) di bahagian atas sebelah kanan.
- Klik ikon E-Appointment untuk melihat skrin permintaan janji temu.
- Pilih nombor pendaftaran kenderaan (no. plat) yang ingin anda buat janji temu servis.
- Klik “Book Now” untuk mula membuat e-Appointment servis anda.
- Selepas membaca dan memahami penafian (disclaimer) e-Appointment, ketik “OK” untuk meneruskan ke skrin e-Appointment.
- Sahkan atau kemas kini nombor telefon untuk panggilan pengesahan dan peringatan servis.
- Masukkan nama penghantar kenderaan supaya pusat servis dapat menyediakan jadual dengan betul.
- Klik pada ruangan pusat servis pilihan untuk mengedit dan memilih pusat servis yang ingin anda tempah.
- Untuk melihat pusat servis dengan tepat, pilih negeri (terdapat di bahagian atas sebelah kiri skrin) pusat servis pilihan anda.
- Pusat servis yang menerima permintaan e-appointment akan memaparkan ikon e-appointment.
- Pilih pusat servis tersebut untuk meneruskan permintaan janji temu.
- Pilih tarikh yang masih kosong dan sesuai dengan jadual anda.
- Klik pada pilihan julat masa untuk melihat waktu janji temu yang tersedia.
- Pilih slot masa yang masih kosong dan bersesuaian dengan anda.
- Semak semula ringkasan janji temu sebelum mengesahkan permintaan e-Appointment anda.
- Selepas menyemak, klik “Submit” untuk menempah slot janji temu di pusat servis yang dipilih.
- Baca dan fahami notifikasi amaran yang menyatakan slot janji temu anda telah ditetapkan dan sedang menunggu untuk diproses.
- Untuk menyimpan tarikh janji temu ke dalam kalendar telefon, klik “SAVE TO CALENDAR” dan benarkan aplikasi UFirst mengakses kalendar telefon anda. Untuk menutup dialog mesej, klik “OK”.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perodua UFirst FAQ.
Cara Kira Anggaran Bayaran Servis Berkala di Perodua
Oh ye, sekarang ni anggaran bayaran untuk servis berkala pun dah boleh check kat website Perodua tau. Kalau dah tahu anggaran, senang kita nak bajet awal-awal berapa kos servis yang diperlukan.
Boleh terus pergi ke:
Pilih varian dan selang masa, anggaran bayaran akan terus dipaparkan macam di bawah:


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Servis Ihsan Madani 2026, sila rujuk:
Soalan Lazim Servis Ihsan Madani
Ia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup berhubung kos penyelenggaraan kenderaan.
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia pemilik kenderaan persendirian jenama Perodua yang mempunyai cukai jalan (road tax) sah. Kenderaan berdaftar syarikat/komersial tidak layak.
Semua model kereta Perodua layak tanpa mengira had umur kenderaan mahupun jumlah perbatuan (mileage).
– Diskaun 10% untuk alat ganti (parts) serta kos buruh (upah).
– Subsidi RM70 potongan tunai langsung tajaan Kerajaan Malaysia.
– eVoucher RM20 percuma dimasukkan ke akaun UFirst untuk kegunaan servis akan datang.
Jumlah bil keseluruhan servis mestilah berharga RM280 ke atas dalam satu resit.
Kempen terkini berlangsung dari 17 Ogos sehingga 30 September 2026.
Tidak boleh. Anda wajib membuat tempahan awal (e-Appointment) secara digital melalui aplikasi Perodua UFirst.
Tidak. Tawaran subsidi dan diskaun ini hanya sah untuk slot servis pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu sahaja sepanjang tempoh kempen.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.